Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh dengan perintah mewakilkan mana-mana daripada kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan tugas-tugasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan pengeluaran lesen-lesen, penyiasatan kesalahan-kesalahan dan penguatkuasaan
Akta ini kepada mana-mana pegawai awam, mana-mana
Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan, apa-apa perbadanan atau mana-mana jawatankuasa yang terdiri daripada orang-orang yang dilantik olehnya.
Jika Ketua Pengarah telah mewakilkan apa-apa kuasa kepada mana-mana Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan, kepada mana-mana perbadanan atau mana-mana jawatankuasa, maka mana-mana pegawai bagi Jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau perbadanan itu atau mana-mana ahli jawatankuasa itu boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa-kuasa yang boleh dijalankan oleh Ketua Pengarah itu jika sekiranya dia telah menjalankan kuasa itu sendiri.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan
Ketua Pengarah daripada apa-apa tanggungjawab bagi melindungi alam sekeliling dan daripada mentadbirkan Akta ini.
Sesuatu pewakilan boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah.