Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
43. Kesalahan-kesalahan oleh kumpulan-kumpulan orang dan oleh penjawat-penjawat dan ejen-ejen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, seseorang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus atau lain-lain pegawai yang seumpamanya atau seseorang kongsi bagi syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu atau yang berupa sebagai bertugas dalam jawatan itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang patut dijalankan olehnya memandang kepada jenis tugas-tugasnya dalam jawatan itu dan kepada segala hal keadaan bagi mencegah berlakunya kesalahan itu.
Apabila jua dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang kerani, penjawat atau ejen apabila bertindak dalam masa menjalankan pekerjaannya, maka prinsipalnya hendaklah juga bertanggungan atas pelanggaran itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi pelanggaran itu melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa pelanggaran itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya atau bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah pelanggaran itu dan untuk memastikan pematuhan peruntukan-peruntukan itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan kerani, penjawat atau ejen itu daripada tanggungan mengenai penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa pelanggaran yang dibuktikan sebagai telah dilakukan olehnya.
Kualiti Alam Sekeliling 69