Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

49A. Orang yang berwibawa

(1)

Seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh

Ketua Pengarah sebagai orang yang berwibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut:

(a)

pengendalian kelengkapan kawalan;

(b)

pengurusan buangan terjadual;

(c)

menjalankan kajian;

Kualiti Alam Sekeliling 83

(d)

penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling.

(2)

Laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling yang disebut dalam perenggan (1)(d) hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh orang yang berwibawa kepada Ketua Pengarah.

Report