Seksyen 31
Penggulungan skim pencen
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
Kumpulan wang sesuatu skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah Skim Baru hendaklah digulung pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahuan dalam Warta dalam setiap kes tertentu, dan apabila tergulungnya kumpulan wang tersebut segala aset hendaklah dipindahkan dan liabiliti dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apabila tergulungnya kumpulan wang skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim tersebut.
(3)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengurangkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja itu sepatutnya layak menerima jika tidak kerana seksyen ini.
*CATATAN—lihat seksyen 11 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan (Pindaan) 2011 [Akta A1410] m.b.p. 1 Januari 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Kecualian dan peralihan