Seksyen 30
Pembayaran hadiah untuk maklumat
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
ActIn forceProvision 39 of 40
Seksyen 30
(1)
Pihak berkuasa pencen boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana ia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi—
(a)
kes penipuan untuk menikmati pencen dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini; atau
(b)
kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 239