Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XII · Arahan Pematuhan

155. Hal keadaan bagi melaksanakan kuasa untuk mengeluarkan arahan

Feedback & support

Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam seksyen 156 sekiranya pada pendapat Bank bahawa institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya—

(a)

sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi;

(b)

sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit, pemunya polisi, peserta, pengguna, pemiutang atau orang awam secara am;

(c)

telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik;

(d)

telah gagal untuk mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216

170 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;

(e)

telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang diertikan dalam Akta Suruhanjaya

Sekuriti 1993, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau

(f)

telah gagal untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu, mengambil kira, antara lain, kemunasabahan kriteria kemasukan untuk menyertai sistem pembayaran dan kos keseluruhan kepada peserta atau pengguna, atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu.

Report

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules