Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Arahan Pematuhan
156. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 262, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau membuat apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat
Bank bahawa adalah perlu untuk memperbetulkan apa-apa hal keadaan dalam seksyen 155.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), arahan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
berkenaan dengan mana-mana institusi, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:
untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh institusi itu dengan
Perkhidmatan Kewangan 171
mana-mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;
untuk melupuskan semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh institusi itu dalam mana-mana pertubuhan perbadanan;
untuk melarang institusi itu daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya termasuk, mengenakan apa-apa had atas atau melarang pemberian kemudahan kredit, membuat pelaburan, atau dalam hal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen, penyetujuterimaan deposit, atau dalam hal penanggung insurans berlesen, pelaksanaan polisi; atau
untuk melarang institusi itu daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuatnya tertakluk pada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
berkenaan dengan institusi yang ialah orang berlesen, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
berkenaan dengan institusi yang ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:
untuk membuat apa-apa ubah suaian kepada sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk apa-apa perkiraan pengendalian;
berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu; atau 172 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Penggal 1 Bahagian 1 Jadual 1.