Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Arahan Pematuhan
159. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 156(2)(b)
Feedback & supportSuatu arahan yang dikeluarkan menurut
Perkhidmatan Kewangan 173
perenggan 156(2)(b) boleh mengarahkan orang berlesen untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam suatu jenis yang ditentukan dalam arahan itu.
Jika orang berlesen itu telah menerbitkan syer atau instrumen modal lain dengan mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), orang berlesen itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota orang berlesen itu, bagi melanggan syer atau instrumen modal lain itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
Jika seorang anggota orang berlesen itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh orang berlesen itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 156(1)
kepada orang berlesen itu menghendaki orang berlesen itu untuk menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.