Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XIV · Kuasa Bank yang Lain

213. Tafsiran

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen 214, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akaun tentuan” ertinya suatu akaun yang dibuka bagi kemudahan mana-mana orang oleh suatu institusi kewangan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;

“bukan pemastautin” ertinya—

(a)

mana-mana orang selain seorang pemastautin;

(b)

suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat wakil suatu syarikat pemastautin di luar negara;

(c)

Kedutaan,

Konsulat,

Pesuruhjaya

Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; atau

Perkhidmatan Kewangan 213

(d)

seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar

Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia;

“emas” ertinya—

(a)

emas dalam apa jua keadaan atau bentuk selain emas yang nilainya dipertingkatkan secara material melalui kemahiran ketukangan; atau

(b)

apa-apa hak untuk menerima emas—

(i)

berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank berlesen atau mana-mana institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau

(ii)

daripada mana-mana orang di dalam atau luar

Malaysia;

“instrumen kewangan” termasuklah terbitan;

“jaminan” termasuklah cagaran apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau didaftarkan di Malaysia atau apa-apa harta lain di Malaysia untuk menjamin pembayaran balik suatu hutang, obligasi atau liabiliti;

“mata wang asing” termasuklah—

(a)

mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

(b)

apa-apa hak untuk menerima mata wang asing—

(i)

berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank berlesen atau dengan institusi seumpama yang lain di dalam atau di luar Malaysia; atau

(ii)

mana-mana orang lain di dalam atau di luar Malaysia; atau 214 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(c)

apa-apa dokumen atau jenis peranti yang diniatkan untuk membolehkan orang yang dokumen atau peranti itu dikeluarkan kepadanya untuk mendapatkan mata wang asing daripada seorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya, apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang diniatkan sedemikian;

“memberi atau memperoleh jaminan”

termasuklah suatu pembaharuan atau pelanjutan jaminan itu;

“orang” mempunyai erti orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;

“pemastautin” ertinya—

(a)

seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;

(b)

seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;

(c)

suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;

(d)

suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia;

atau

(e)

Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri;

“pembayaran” termasuklah tindakan memindah kepada, atau

Perkhidmatan Kewangan 215

memberi kredit kepada, seseorang, ringgit, mata wang asing, instrumen kewangan, emas, logam berharga lain atau balasan bernilai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada di bawah suatu obligasi atau selainnya;

“pemindahan sekuriti” termasuklah pembelian, penjualan, pinjaman atau pemberian pinjaman sekuriti;

“penyelesaian suatu harta” termasuklah pembuatan apa-apa pelupusan, waad, perjanjian atau perkiraan yang harta itu merupakan perkara bagi suatu amanah;

“ringgit” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima ringgit dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

“sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam suatu royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon, sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak atas sekuriti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

“terbit” berhubung dengan sekuriti atau instrumen kewangan, ertinya untuk mewujudkan atau untuk menyebabkan kewujudan sekuriti atau instrumen kewangan itu, dan perkataan “diterbitkan” atau

“terbitan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(2)

Jika di bawah Penggal ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki, mana-mana orang, atau jika mana-mana orang, dikehendaki di bawah Penggal ini, untuk mengemukakan kepada Bank apa-apa dokumen atau maklumat—

216 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(a)

Bank boleh menentukan dokumen atau maklumat itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan

(b)

orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—

(i)

yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau

(ii)

yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesalahan atau ketinggalan berulang.

Report

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules