Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Kuasa Bank yang Lain
215. Kuasa Bank untuk mengenakan levi atau caj
Feedback & support(1)
Bagi maksud melindungi kedudukan imbangan pembayaran atau nilai mata wang Malaysia, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 untuk mengenakan levi atau caj berkenaan dengan mana-mana transaksi yang ditentukan dalam
Jadual 14, sama ada secara am atau dengan syarat atau dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.
(2)
Levi atau caj yang dikenakan menurut peraturan-peraturan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh—
(a)
tertentu;
(b)
suatu amaun minimum atau maksimum; atau
(c)
suatu peratusan atau perkadaran amaun yang menjadi hal perkara transaksi dalam Jadual 14.