Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XIV · Kuasa Bank yang Lain

216. Kuasa Bank, dengan kelulusan Menteri, untuk mengeluarkan arahan

Feedback & support
(1)

Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, demi kepentingan negara, mengeluarkan arahan kepada mana-mana orang di Malaysia, untuk melarang, menyekat atau menghendaki pelakuan apa-apa perbuatan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dengan atau tanpa syarat, berhubung dengan urus niaga atau transaksi, dengan mana-mana orang yang bermastautin di dalam suatu negara atau wilayah, atau dalam apa-apa mata wang, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Mana-mana orang yang baginya arahan itu dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan atas orang itu oleh mana-mana kontrak atau perjanjian antarabangsa.

(3)

Tiada seorang pun boleh, dalam menjalankan apa-apa tindakan yang mematuhi arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1),

220 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

dianggap sebagai memungkiri mana-mana kontrak atau perjanjian antarabangsa.

(4)

Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi apa-apa arahan atau syarat yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Hari kelepasan bagi orang berlesen

Report

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules