Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

106. Perintah terhadap orang yang ingkar

(1)

Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai “orang yang ingkar”)—

(a)

telah memungkiri seksyen 99, 100, 101 atau 104;

(b)

telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan Bank atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 99, 100, 101 atau 104;

(c)

telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1); atau

(d)

telah gagal untuk mematuhi suatu aku janji yang diberikan kepada Bank di bawah subseksyen 104(2),

Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen (2)

sebagaimana yang terpakai atau wajar dalam hal keadaan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 273, jika mana-mana hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) wujud, Bank boleh membuat perintah yang berikut:

124 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

berkenaan dengan apa-apa syer yang menjadi perkara kemungkiran atau ketidakpatuhan itu—

(i)

melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, syer itu, atau, dalam hal syer tidak terbit, melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk menerbitkan apa-apa syer tidak terbit itu;

(ii)

melarang pelaksanaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu;

(iii)

melarang penerbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegangnya;

(iv)

kecuali dalam suatu likuidasi, melarang pembayaran apa-apa jumlah yang kena dibayar oleh orang berlesen itu atas syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau

(v)

mengarahkan orang yang ingkar untuk menyerah balik syer itu kepada Bank dalam suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

atau

(b)

berkenaan dengan suatu kemungkiran seksyen 100, mengarahkan orang yang ingkar itu untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk berhenti melaksanakan atau melepaskan kawalannya atas orang berlesen.

(3)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar itu seberapa segera yang praktik, dan boleh disiarkan oleh Bank dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.

(4)

Jika seorang yang ingkar telah disampaikan dengan suatu perintah di bawah subseksyen (2), dia hendaklah memberitahu mana-mana orang yang pada ketika itu memegang apa-apa syer yang

Perkhidmatan Kewangan Islam 125

perintah itu terpakai, mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang perintah itu ditujukan.

(5)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat orang yang ingkar itu, mana-mana orang yang pada ketika itu sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai dan mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang perintah itu ditujukan, walau apa pun—

(a)

apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana dokumen konstituen orang berlesen itu; atau

(b)

apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh orang itu yang menjejaskan syer yang berhubungan dengan orang berlesen itu.

(6)

Bank boleh memberikan apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai orang berlesen itu sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk memberi kesan atas apa-apa perintah Bank di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu.

(7)

Apa-apa transaksi yang dibuat oleh orang yang ingkar itu, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apa-apa syer, kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang melanggar mana-mana perintah di bawah subseksyen (2) atau apa-apa petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (6), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa.

(8)

Hal puas hati Bank di bawah subseksyen (1) bahawa seseorang telah memungkiri atau gagal mematuhi seksyen 99, 100, 101 atau 104

atau standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1), boleh dicapai tidak kira bahawa tiada pelaksanaan apa-apa tindakan berkenaan dengan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(9)

Seseorang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules