Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

115. Bank menjadi pihak kepada prosiding

(1)

Seseorang yang membuat suatu permohonan ke Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen 114(2) berhubungan dengan suatu skim pemindahan perniagaan hendaklah—

(a)

menyerahkan suatu salinan permohonan itu kepada Bank;

(b)

memberikan notis kepada Bank mengenai semua prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu; dan

(c)

memberikan kepada Bank suatu salinan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan prosiding itu, pada masa yang sama prosiding itu dimulakan atau dokumen itu diserah simpan, di Mahkamah Tinggi atau dokumen itu disampaikan atas pihak kepada prosiding itu.

(2)

Bank berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan permohonan di bawah subseksyen (1).

(3)

Walau apa pun Bank telah memberikan kelulusannya kepada skim pemindahan perniagaan di bawah subseksyen 112(6), Bank boleh mencadangkan apa-apa ubah suaian kepada skim itu.

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules