Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025
116. Perintah yang dipohon oleh pemindah dan penerima pindahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 114(1), pemindah dan penerima pindahan itu boleh memohon semua atau mana-mana perintah yang berikut:
bagi hak dan hakmilik pemindah atas aset yang akan dipindahkan kepada penerima pindahan itu di bawah skim pindahan perniagaan tanpa perlu untuk memberi kesan bagi
132 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
memindah hak dan hakmilik bagi setiap aset secara individu;
berhubung dengan skim pemindahan perniagaan perbankan
Islam atau skim pemindahan perniagaan perbankan Islam antarabangsa, bagi apa-apa akaun antara pemindah itu dan pelanggannya untuk menjadi akaun antara penerima pindahan itu dan pelanggan itu, tertakluk pada syarat yang sama dan keadaan sedia ada antara pemindah itu dan pelanggannya, dan akaun sedemikian untuk disifatkan bagi semua maksud untuk menjadi suatu akaun berterusan tunggal;
berhubung dengan skim pemindahan perniagaan takaful atau skim pemindahan perniagaan takaful antarabangsa, bagi penerima pindahan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya bagi liabiliti yang dipindahkan oleh skim pemindahan perniagaan itu sama ada yang berbangkit daripada sijil takaful atau selainnya seolah-olah liabiliti itu pada asalnya diambil alih oleh penerima pindahan itu tanpa keperluan bagi penerima pindahan itu untuk mengesahkan setiap liabiliti secara individu;
bagi apa-apa instrumen sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurutnya apa-apa harta menjadi terletak hak pada pemindah itu, hendaklah diertikan dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah apa-apa sebutan di dalamnya mengenai pemindah telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan itu;
bagi apa-apa perjanjian sedia ada yang pemindah itu ialah suatu pihak untuk mempunyai kuat kuasa seolah-olah penerima pindahan itu telah menjadi suatu pihak kepadanya sebagai ganti pemindah;
bagi apa-apa petunjuk, perintah, arahan, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan sedia ada, sama ada atau tidak berhubungan dengan suatu akaun, yang diberikan kepada pemindah itu, sama ada bersendirian atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 133
bersesama dengan seorang lain, untuk mempunyai kuat kuasa, berkenaan dengan apa-apa jua yang kena dilakukan seolah-olah diberikan kepada penerima pindahan itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersesama dengan orang lain itu;
bagi apa-apa surat cara boleh niaga atau perintah pembayaran wang yang dikeluarkan, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh pemindah itu atau yang kena dibayar di pejabat pemindah itu sama ada dikeluarkan, diberikan, disetuju terima atau diendorskan sedemikian sebelum, pada, atau selepas, tarikh pemindahan itu, untuk mempunyai kuat kuasa yang sama pada dan dari tarikh pemindahan itu, seolah-olah ia telah dikeluarkan, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh, penerima pindahan itu atau kena dibayar di pejabat penerima pindahan itu;
bagi jagaan apa-apa dokumen, barangan atau benda yang dipegang oleh pemindah itu sebagai baili sebelum sahaja tarikh pemindahan untuk beralih kepada penerima pindahan dan hak serta obligasi pemindah di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana dokumen, barangan atau benda itu dipindahkan kepada penerima pindahan itu;
bagi apa-apa cagaran yang dipegang sebelum sahaja tarikh pemindahan itu oleh pemindah itu, atau oleh seorang penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi pemindah itu, sebagai jaminan untuk pembayaran atau penunaian apa-apa liabiliti mana-mana orang, untuk dipegang oleh penerima pindahan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk dipegang oleh penerima namaan atau pemegang amanah itu sebagai penerima namaan, atau pemegang amanah itu, bagi penerima pindahan itu, dan setakat liabiliti itu, tersedia ada kepada penerima pindahan itu sebagai jaminan bagi pembayaran atau penunaian liabiliti itu; dan jika apa-apa cagaran itu meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti masa hadapan, untuk dipegang oleh, dan tersedia ada sebagaimana yang disebut terdahulu kepada, penerima pindahan itu sebagai
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
jaminan bagi pendahuluan masa hadapan oleh, dan liabiliti masa hadapan kepada, penerima pindahan itu mengikut cara yang sama dalam semua yang berkenaan sebagai pendahuluan masa hadapan oleh, atau liabiliti masa hadapan kepada, pemindah itu yang dijamin dengan demikian itu sebelum sahaja tarikh pemindahan itu;
jika apa-apa hak atau liabiliti pemindah itu dipindahkan kepada penerima pindahan itu, bagi penerima pindahan untuk mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama (dan khususnya hak dan kuasa yang sama tentang pengambilan atau penolakan prosiding undang-undang atau pembuatan atau penolakan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa)
bagi memastikan, melindungi atau menguatkuasakan hak itu atau menolak liabiliti itu seolah-olah ia telah pada setiap masa menjadi hak atau liabiliti penerima pindahan itu, termasuk hak atau liabiliti itu berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebelum sahaja tarikh pemindahan oleh atau terhadap pemindah itu;
apa-apa penghakiman atau award yang didapati oleh atau terhadap pemindah itu dan yang tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahan itu untuk dikuatkuasakan oleh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, terhadap penerima pindahan itu; dan
bagi semua perintah yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu untuk menjamin bahawa skim pemindahan perniagaan itu hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.
Jika perintah bagi pengesahan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3) memperuntukkan bagi pemindahan mana-mana perniagaan, termasuk aset dan liabiliti, yang terletak hak atau dipegang oleh pemindah itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, maka menurut perintah itu, bahawa perniagaan, termasuk aset dan liabiliti hendaklah, pada dan dari tarikh pemindahan itu, menjadi terletak hak atau dipegang oleh penerima pindahan itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Perkhidmatan Kewangan Islam 135
bersesama dengan orang lain itu, dan perintah itu hendaklah mempunyai kuat kuasa mengikut termanya walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang dan hendaklah mengikat semua orang yang terjejas olehnya, tidak kira bahawa orang itu bukan suatu pihak kepada prosiding itu di bawah Penggal ini atau mana-mana prosiding lain yang berhubungan, atau tidak mendapat notis prosiding itu di bawah Penggal ini atau prosiding lain yang berhubungan.
Jika suatu perintah
Mahkamah
Tinggi di bawah subseksyen 114(3) meletakhakkan mana-mana tanah beri milik, atau mana-mana bahagian atau kepentingan dalam mana-mana tanah beri milik, pada penerima pindahan itu—
Mahkamah Tinggi hendaklah, jika tanah beri milik itu terletak di
Semenanjung
Malaysia, menurut subseksyen 420(2) *Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas sahaja perintah itu dibuat supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberi kesan kepada subseksyen 420(2), (3) dan (4) *Kanun Tanah
Negara;
jika tanah beri milik itu terletak di Sabah, penerima pindahan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, menyerahkan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran perletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah beri milik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah
Sabah [Sabah Bab 68]; atau
jika tanah beri milik itu terletak di Sarawak, penerima pindahan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi
*CATATAN⸻Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah disemak dan dinamakan sebagai Kanun Tanah
Negara [Akta 828] yang mula berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020.
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
pendaftaran perletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah beri milik, pada penerima pindahan itu, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171
Kanun
Tanah
Sarawak
[Sarawak Bab 81].
Suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3)
boleh berhubungan dengan apa-apa aset atau perniagaan pemindah itu di luar Malaysia dan, sekiranya ia berhubungan sedemikian, kesan boleh diberikan atasnya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang mungkin wujud antara Malaysia dan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang aset atau perniagaan itu berada, atau jika tiada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.
Penyiaran perintah mahkamah di bawah seksyen 114
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII