Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025
114. Permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan skim pemindahan perniagaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila mendapat kelulusan
Bank di bawah subseksyen 112(6), pemindah dan penerima pindahan itu boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pengesahan skim pemindahan perniagaan itu.
Suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan suatu skim pemindahan perniagaan boleh dibuat oleh seseorang, yang pada pendapat Mahkamah Tinggi, berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu, pada bila-bila masa sebelum Mahkamah Tinggi memberikan suatu perintah di bawah subseksyen (3) mengesahkan skim itu.
Mahkamah Tinggi boleh mengesahkan skim pemindahan perniagaan itu dengan memberikan suatu perintah menurut terma yang dipohon, atau dengan ubah suaian atas terma yang dipohon itu, atau menolak untuk mengesahkan skim itu.
Apabila
Mahkamah
Tinggi membuat suatu perintah mengesahkan skim pemindahan perniagaan itu di bawah subseksyen (3) selepas mendengar semua pihak yang berkenaan,
Perkhidmatan Kewangan Islam 131
Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan suatu tarikh, untuk dipohon oleh pemindah dan penerima pindahan dan hendaklah dikenali sebagai tarikh pemindahan, yang skim pemindahan perniagaan itu hendaklah berkuat kuasa.
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII