Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025
109. Pemerolehan kepentingan dalam syer orang yang diluluskan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang itu membuat perjanjian atau perkiraan untuk memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer orang yang diluluskan, yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan dia akan memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer orang yang diluluskan itu yang ketika itu telah dipegang olehnya, suatu agregat kepentingan dalam syer yang tidak kurang daripada lima peratus syer orang yang diluluskan itu, orang itu hendaklah
Perkhidmatan Kewangan Islam 127
memberitahu Bank hakikat itu apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), tiada seorang pun boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan bagi maksud memperoleh kepentingan dalam syer menurut subseksyen (1), sekiranya pemerolehan itu akan menyebabkan perubahan kawalan orang yang diluluskan, melainkan jika orang itu mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu.
Bank boleh menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer untuk memberi kesan penuh kepada subseksyen (1)
dan (2).
Mana-mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subsekyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2) hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3) sehingga Bank berpuas hati.
Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subseksyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2) untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau butir mengenai apa-apa syer yang diperoleh atau dipegang secara langsung atau tidak langsung sama ada bagi faedahnya sendiri atau bagi mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang telah disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (5) hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat dan butir itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Pemindahan perniagaan, pembentukan semula atau penggabungan orang berlesen
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII