Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

112. Kelulusan dikehendaki bagi skim pemindahan perniagaan

(1)

Tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan bagi skim untuk memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan orang berlesen, kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu

Bank.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal pengendali takaful antarabangsa berlesen atau pengendali takaful semula profesional yang ialah institusi asing, suatu sebutan bagi “perniagaan” dalam subseksyen (1) ialah suatu sebutan bagi perniagaannya di Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan Islam 129

(3)

Pemindah dan penerima pindahan hendaklah bersesama mengemukakan suatu permohonan untuk kelulusan Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(4)

Jika perjanjian atau perkiraan bagi skim pemindahan perniagaan bercadang untuk memindahkan keseluruhan perniagaan, atau suatu bahagian material perniagaan orang berlesen, Bank hendaklah, sebelum memberikan kelulusan—

(a)

berpuas hati bahawa perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu tidak memudaratkan—

(i)

kepentingan mana-mana orang berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu; dan

(ii)

keselamatan dan kekukuhan orang berlesen itu; dan

(b)

mendapat persetujuan Menteri berkenaan dengan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), Bank boleh, selepas berunding dengan Menteri, menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan orang berlesen.

(6)

Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(7)

Bank hendaklah memberitahu pemindah atau penerima pindahan itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (6).

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules