Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
159. Section 159
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 158, seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pegawainya atau pengawalnya—
hendaklah memberikan kepada Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya;
hendaklah membenarkan Bank untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan
hendaklah memberi kepada Bank, secara lisan atau bertulis, semua maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.
Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), sekiranya pada pendapat
Bank bahawa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera itu boleh—
diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Bank mengambil milik atas mereka; atau
diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini, Akta Bank Negara
Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII