Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan untuk melantik juruaudit, aktuari atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penilaian tertentu berkenaan dengan perniagaannya atau hal ehwalnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan mengemukakan suatu laporan pemeriksaan atau penilaian itu kepada
Bank.
Jika suatu pemeriksaan atau penilaian dikehendaki di bawah subseksyen (1), saraan bagi orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemeriksaan atau penilaian itu hendaklah ditanggung oleh orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan.
Bahagian XIII
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII