Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XII · Pemeriksaan

163. Maklumat rahsia

(1)

Mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh

Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) yang berbangkit daripada pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini, Akta

Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Bank, atau daripada suatu pemeriksaan oleh suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di bawah seksyen 164, tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa,

172 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, atau mana-mana pengarah, pegawai, juruaudit, aktuari atau seorang anggota jawatankuasa Shariah orang itu, kepada mana-mana orang kecuali dalam apa-apa hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Suatu dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak boleh didedahkan, sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya, hendaklah termasuk—

(a)

apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;

(b)

apa-apa peringkat campur tangan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;

(c)

apa-apa penilaian atas orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang dibuat oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berbangkit daripada suatu pemeriksaan atau ulasan penyeliaan lain atas orang itu termasuk apa-apa laporan, surat-menyurat atau syor yang dibuat kepada orang itu;

(d)

apa-apa aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270;

(e)

apa-apa perintah yang dibuat, atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini atau oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau

(f)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank.

Perkhidmatan Kewangan Islam 173

(3)

Dalam mana-mana prosiding mahkamah, jika apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam seksyen ini berkemungkinan akan didedahkan, mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding atau Bank, boleh memerintahkan prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam kes itu, dokumen atau maklumat hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak atau Bank itu, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules