Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
164. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia, yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah
Akta ini boleh, dengan kelulusan Bank, memeriksa buku dan transaksi—
pejabat wakil yang diluluskan di Malaysia bagi institusi asing;
orang yang diberi kuasa yang beroperasi di Malaysia sebagai suatu cawangan institusi asing; atau
orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing, yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam negara, wilayah atau tempat itu, dengan syarat bahawa pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu bagi maksud tunggal fungsi penyeliaannya.
Pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu hendaklah memberi kepada Bank suatu aku janji bertulis untuk melindungi kerahsiaan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa, atau yang timbul
174 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
daripada pemeriksaannya di bawah subseksyen (1) dan maksud yang maklumat itu boleh digunakan.
Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), peruntukan seksyen 145 tidak terpakai berhubung dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.
Suatu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diserah simpan dengan Bank apabila pemeriksaan itu tamat.
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII