Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XII · Pemeriksaan

160. Pemeriksaan ke atas orang lain

(1)

Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 158, memeriksa—

(a)

seseorang yang pernah pada bila-bila masa, pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam subseksyen 158(1);

(b)

seseorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam subseksyen 158(1); atau

(c)

seseorang yang Bank percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuk juruaudit orang yang disebut dalam subseksyen 158(1) atau seorang anggota jawatankuasa Shariah orang yang diberi kuasa, dan orang itu hendaklah memberikan kepada Bank dokumen, maklumat atau penjelasan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh

Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.

(2)

Mana-mana orang yang tergolong di bawah perenggan (1)(b), atau juruaudit atau seorang anggota jawatankuasa Shariah yang disebut dalam perenggan (1)(c), tidak bertanggungan bagi kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan suatu dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Perkhidmatan Kewangan Islam 171

Report

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules