Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XII · Pemeriksaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, memberi kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah Akta ini, dokumen atau apa-apa maklumat yang berhubungan dengan—
hal ehwal—
mana-mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah subsidiari institusi asing; atau
mana-mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu sekutu suatu institusi asing;
mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau
mana-mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan bagi maksud menilai suatu cadangan penubuhan mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, pengendali
Perkhidmatan Kewangan Islam 175
sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan itu, sekiranya Bank berpendapat adalah perlu bagi dokumen atau maklumat itu didedahkan kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia bagi maksud tunggal menjalankan fungsi penyeliaannya.
Bahagian XIII
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII