Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain

223. Kuasa Menteri untuk menetapkan institusi kewangan Islam

(1)

Menteri boleh menetapkan mana-mana orang yang tidak berada di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank dan terlibat dalam aktiviti pengantaraan kewangan Islam sebagai suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan—

(a)

atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab bagi pengawalseliaan dan penyeliaan orang itu; atau

(b)

atas syor Bank, dalam mana-mana hal lain, sekiranya orang itu, pada pendapat Bank, menimbulkan atau berkemungkinan untuk menimbulkan suatu risiko kepada kestabilan kewangan berbangkit daripada—

(i)

aktiviti pengantaraan kewangannya yang termasuklah penjanaan kematangan atau transformasi likuiditi, melibatkan pemindahan risiko kredit yang tidak sempurna, mewujudkan atau memudahkan pergantungan berlebihan atau menimbulkan kebimbangan mengenai arbitraj kawal selia;

(ii)

sifat, ruang lingkup, saiz, skala atau penumpuan aktiviti pengantaraan kewangan Islamnya; atau

(iii)

kesalingkaitannya dengan orang yang diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dikawal selia oleh

Bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank.

(2)

Bagi maksud membuat suatu syor di bawah subseksyen (1),

Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, melaksanakan kuasa pemeriksaannya di bawah Bahagian XII atas orang yang disebut dalam subseksyen (1) seolah-olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai

216 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

“orang yang diberi kuasa” adalah suatu sebutan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh, atas syor Bank, memakai semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan dari suatu tarikh yang ditentukan dalam perintah di bawah subseksyen (1) dan dengan apa-apa pindaan sebagaimana Menteri, atas syor Bank, sifatkan perlu, seolah-olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai “orang yang diberi kuasa”, “orang berlesen”, “bank Islam berlesen”, “pengendali takaful berlesen”, “institusi” dan “penyedia perkhidmatan kewangan”, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah suatu sebutan kepada institusi kewangan Islam yang ditetapkan itu.

(4)

Berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam perintah itu yang dibuat di bawah subseksyen (1), institusi kewangan Islam yang ditetapkan berkenaan hendaklah mematuhi, dan tertakluk pada, peruntukan Akta ini sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis.

(5)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, meminda atau membatalkan suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan, dalam hal suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a); atau

(b)

atas syor Bank, dalam apa-apa hal yang lain.

(6)

Suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu, dan boleh dikenakan penalti sama yang terpakai bagi orang berlesen yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi pelanggaran itu, institusi kewangan Islam yang ditetapkan itu melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada

Perkhidmatan Kewangan Islam 217

tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.

(7)

Seksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

seorang yang dilesenkan, diluluskan atau diiktirafkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti;

atau

(b)

entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705].

(8)

Bagi maksud seksyen ini, dalam hal orang berdaftar di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Bank hendaklah—

(a)

berunding dengan Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1);

(b)

memberitahu Suruhanjaya Sekuriti sebelum melakukan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (2); dan

(c)

menyemak dengan tetap kedudukan institusi kewangan

Islam yang ditetapkan itu, berserta dengan Suruhanjaya

Sekuriti, untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1) tidak lagi terpakai.

Transaksi antarabangsa dan domestik

Report

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules