Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain

226. Kuasa Bank untuk mengenakan levi atau caj

(1)

Bagi maksud melindungi kedudukan imbangan pembayaran atau nilai mata wang Malaysia, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk mengenakan levi atau caj berkenaan dengan mana-mana transaksi yang ditentukan dalam Jadual 14, sama ada secara am atau dengan syarat atau dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

(2)

Levi atau caj yang dikenakan menurut peraturan-peraturan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh—

(a)

tertentu;

(b)

suatu amaun minimum atau maksimum; atau

(c)

suatu peratusan atau perkadaran amaun yang menjadi hal perkara transaksi dalam Jadual 14.

Report

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules