Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain
228. Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan hari kelepasan bagi orang berlesen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, atas syor Bank, melalui notis dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana hari sebagai suatu hari kelepasan bagi semua orang berlesen, atau bagi apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang berlesen, atau bagi mana-mana pejabat orang berlesen itu, di seluruh, atau dalam mana-mana bahagian, Malaysia, sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.
Tiada orang berlesen, atau pejabat orang berlesen pun yang ditentukan dalam notis itu, boleh menjalankan apa-apa perniagaan pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan bagi orang berlesen itu di bawah subseksyen (1) melainkan jika
Menteri, atas syor Bank meluluskan sebaliknya.
Jika suatu hari diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan di bawah subseksyen (1)—
orang berlesen itu atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu tidak boleh dipaksa pada hari kelepasan itu untuk membuat suatu pembayaran atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang ia tidak boleh dipaksa untuk melakukan pada mana-mana hari yang adalah hari kelepasan am dalam pengertian mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am; dan
tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membuat apa-apa pembayaran pada hari kelepasan itu dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu,
226 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
atau melakukan dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu apa-apa perbuatan yang menghendaki perkhidmatan orang berlesen itu, dan obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu pada hari selepasnya yang bukan merupakan suatu hari kelepasan am dalam pengertian mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.
Suatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi orang berlesen atau pejabatnya di bawah subseksyen (1) tidak semestinya menjadi suatu hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan operasi mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am.
Apa-apa pengisytiharan suatu hari kelepasan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh—
menidaksahkan apa-apa kontrak, perjanjian, transaksi atau perkiraan yang dibuat oleh orang berlesen itu dengan mana-mana orang; dan
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan itu.
Perkhidmatan Kewangan Islam 227
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII