Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain

225. Langkah yang berhubungan dengan transaksi antarabangsa dan domestik

(1)

Bank diberi kuasa di bawah seksyen ini untuk melindungi kedudukan imbangan pembayaran dan nilai mata wang Malaysia.

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau terlibat dalam mana-mana transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14 kecuali dengan kelulusan bertulis Bank.

(3)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah perenggan (6)(e), larangan dalam subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 tidak terpakai bagi mana-mana bank Islam berlesen.

(4)

Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam seksyen ini dan Jadual 14, subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi—

222 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

semua orang, golongan, kategori atau perihalan orang termasuk penama mereka atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak mereka walau pun mereka tidak berada di Malaysia; dan

(b)

semua perbuatan yang dilakukan di dalam atau luar

Malaysia termasuk apa-apa perbuatan yang melibatkan, bersekutu dengan atau dalam persediaan kepada, transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14.

(5)

Bank dalam memberikan apa-apa kelulusan bertulis di bawah subseksyen (2) boleh mengenakan apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang berkenaan dengan transaksi itu dalam Jadual 14.

(6)

Bank boleh mengeluarkan arahan untuk—

(a)

mengisytiharkan seseorang itu adalah dikira sebagai seorang pemastautin atau seorang bukan pemastautin walau apa pun takrif “pemastautin” atau “bukan pemastautin”

dalam seksyen 224;

(b)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank atau mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(c)

menghendaki apa-apa pembayaran untuk dibuat ke dalam akaun tentuan dan mengarahkan kegunaan apa-apa dana dalam akaun tentuan itu sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank;

(d)

menghendaki mana-mana orang yang berhak untuk menjual, atau untuk memperoleh jualan daripada, mana-mana mata wang asing, emas atau logam berharga lain, untuk menawarkannya, atau menyebabkannya untuk ditawarkan, bagi jualan kepada bank Islam berlesen atau mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(e)

menghendaki bank Islam berlesen untuk menjalankan atau terlibat dalam transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

Perkhidmatan Kewangan Islam 223

(f)

menghendaki bank Islam berlesen, atau mana-mana orang lain untuk mentadbir atau memastikan pematuhan seksyen ini atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank; atau

(g)

menghendaki mana-mana orang untuk melakukan atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan bagi maksud memastikan pematuhan seksyen ini.

(7)

Apa-apa kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam kelulusan bertulis dan arahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8)

Subseksyen (2) tidak menjejaskan penguatkuasaan pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.

(9)

Kecuali bagi perenggan 7 dalam Jadual 14, mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(10)

Mana-mana ringgit, mata wang asing, emas, logam berharga lain, sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam atau mana-mana artikel lain yang tertakluk pada suatu larangan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 7

Jadual 14 hendaklah disifatkan sebagai barangan larangan di bawah

Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi larangan itu atau apa-apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta itu dan boleh, apabila disabitkan, didenda dengan penalti yang diperuntukkan dalam Akta itu.

224 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules