Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain
224. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud seksyen 225, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun tentuan” ertinya suatu akaun yang dibuka bagi kemudahan mana-mana orang oleh suatu institusi kewangan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;
218 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“bukan pemastautin” ertinya—
mana-mana orang selain seorang pemastautin;
suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat wakil suatu syarikat pemastautin di luar negara;
Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; atau
seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar
Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia;
“emas” ertinya—
emas dalam apa jua keadaan atau bentuk selain emas yang nilainya dipertingkatkan secara material melalui kemahiran ketukangan; atau
apa-apa hak untuk menerima emas—
berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank berlesen atau mana-mana institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau
daripada mana-mana orang di dalam atau luar
Malaysia;
“instrumen kewangan Islam” termasuklah terbitan Islam;
“jaminan” termasuklah cagaran apa-apa sekuriti Islam yang diterbitkan atau didaftarkan di Malaysia atau apa-apa harta lain di Malaysia untuk menjamin pembayaran balik suatu hutang, obligasi atau liabiliti;
“mata wang asing” termasuklah—
mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia;
Perkhidmatan Kewangan Islam 219
apa-apa hak untuk menerima mata wang asing—
berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di bank
Islam berlesen atau dengan institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau
mana-mana orang lain di dalam atau luar Malaysia;
atau
apa-apa dokumen atau jenis peranti yang diniatkan untuk membolehkan orang yang dokumen atau peranti itu dikeluarkan kepadanya untuk mendapatkan mata wang asing daripada seorang orang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya, apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang diniatkan sedemikian;
“memberi atau memperoleh jaminan”
termasuklah suatu pembaharuan atau pelanjutan jaminan itu;
“orang” mempunyai erti orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
“pemastautin” ertinya—
seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;
seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;
220 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau
Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
“pembayaran” termasuklah tindakan memindah kepada, atau memberi kredit kepada, seseorang, ringgit, mata wang asing, instrumen kewangan Islam, emas, logam berharga lain atau balasan bernilai lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada di bawah suatu obligasi atau selainnya;
“pemindahan sekuriti Islam” termasuklah pembelian, penjualan, pinjaman atau pemberian pinjaman sekuriti Islam;
“penyelesaian suatu harta” termasuklah pembuatan apa-apa pelupusan, waad, perjanjian atau perkiraan yang harta itu merupakan perkara bagi suatu amanah;
“ringgit” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima ringgit dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
“sekuriti Islam” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam suatu royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan penyata, yang mematuhi Shariah, sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik sekuriti Islam atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti Islam, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti Islam dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak atas sekuriti Islam sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
“terbit” berhubungan dengan sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam, ertinya untuk mewujudkan atau untuk menyebabkan kewujudan sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam itu, dan perkataan “diterbitkan” atau “terbitan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Perkhidmatan Kewangan Islam 221
Jika di bawah Penggal ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah Penggal ini, untuk mengemukakan kepada Bank apa-apa dokumen atau maklumat—
Bank boleh menentukan dokumen atau maklumat itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—
yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesalahan atau ketinggalan berulang.
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII