Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XV · Kuasa Bank yang Lain
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, demi kepentingan negara, mengeluarkan arahan kepada mana-mana orang di Malaysia, untuk melarang, menyekat atau menghendaki pelakuan apa-apa perbuatan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dengan atau tanpa syarat, berhubungan dengan urus niaga atau transaksi, dengan mana-mana orang yang bermastautin di dalam suatu negara atau wilayah, atau dalam apa-apa mata wang, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Mana-mana orang yang baginya arahan itu dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan atas orang itu oleh mana-mana kontrak atau perjanjian antarabangsa.
Tiada seorang pun boleh, dalam menjalankan apa-apa tindakan yang mematuhi arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai memungkiri mana-mana kontrak atau perjanjan antarabangsa.
Perkhidmatan Kewangan Islam 225
Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi apa-apa arahan atau syarat yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Hari kelepasan bagi orang berlesen
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII