Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
271. Peraturan-peraturan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—
memberikan kesan penuh kepada peruntukan Akta ini;
menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan dan maksud Akta ini;
melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini; atau
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubungan dengan Akta ini.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen
, peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Bank melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan, atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan penyediaan pembiayaan, aktiviti perantaraan kewangan
Islam sebagaimana yang diertikan dalam seksyen 222, perkhidmatan perbankan Islam atau perkhidmatan takaful yang diberikan atau dijalankan oleh orang selain orang yang diberi kuasa;
Perkhidmatan Kewangan Islam 267
untuk mengadakan peruntukan mengenai borang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
untuk mengadakan peruntukan bagi fi kena dibayar kepada
Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti atas apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang tidak melebihi pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana golongan, kategori atau perihalan orang, dan boleh membuat peruntukan berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, keizinan, standard, kod, penentuan, notis, kehendak, arahan atau langkah-langkah
Bahagian XVIII