Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan jelas, apa-apa kelulusan atau keizinan yang diberikan, atau apa-apa standard, kod, penentuan, notis, kehendak, arahan atau langkah-langkah yang ditentukan atau dikeluarkan, di bawah Akta ini—
boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;
boleh dipinda atau dibatalkan oleh Bank atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank dan adalah sah bagi semua maksud.
268 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Apa-apa kelulusan atau keizinan di bawah subseksyen (1) boleh menjadi—
mutlak atau bersyarat; atau
terhad supaya habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.
Bahagian XVIII