Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVII · Peruntukan Am

280. Pemakaian peruntukan tertentu Akta ini bagi entiti Labuan

(1)

Bagi maksud seksyen ini, “Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].

(2)

Tanpa memudaratkan keluasan Penggal 2 Bahagian XV, peruntukan dalam Penggal itu hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan Penggal 2 Bahagian XV oleh orang itu.

(3)

Bagi maksud Bank menjalankan pengawasan atas kumpulan kewangan, suatu sebutan kepada—

(a)

“subsidiari” dalam seksyen 127 dan 128; dan

(b)

“perbadanan yang berkaitan” dalam Bahagian XI dan XII, hendaklah disifatkan untuk termasuk seseorang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan jika orang itu dalam kumpulan kewangan itu.

(4)

Seksyen 178 dan 185 Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 dan seksyen 139 dan 146 Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 tidak menyekat Bank dalam menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi di bawah seksyen 127 atau 128, atau Bahagian XI atau XII, dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan seksyen 127 atau 128, atau Bahagian XI atau XII.

(5)

Seksyen 146 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam

Labuan 2010 tidak menyekat pemakaian Akta ini bagi mana-mana orang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan yang, di bawah Akta ini—

(a)

mengendalikan sistem pembayaran, ialah peserta, atau mengeluarkan instrumen pembayaran Islam; atau 274 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(b)

ialah peserta pasaran.

Report

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules