Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
273. Peluang untuk membuat representasi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika—
Menteri, atas syor Bank, bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1), 18(1) atau (2), 39(3) atau seksyen 205;
atau
Bank bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1),
18(1), (2) atau (3), 33(4) atau 39(3), seksyen 44 atau 49, subseksyen 106(2), 128(2) atau (3), 132(1), 152(5) atau 168(1), seksyen 174, subseksyen 179(1) atau 184(1) atau terhadap mana-mana orang yang mungkir yang disebut dalam subseksyen 245(1),
Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu.
Notis bertulis di bawah subseksyen
hendaklah menyatakan—
tindakan yang Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang untuk mengambil dan alasan bagi tindakan itu;
tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Perkhidmatan Kewangan Islam 269
dalam hal apa-apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 106(2), 152(5) atau 245(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan
jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 245(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank.
Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh
Bank dan mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk—
meneruskan tindakan yang dicadangkan atau pengubahan tindakan itu; atau
tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu notis bertulis mengenai keputusan di bawah subseksyen (4) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan telah diambil sekiranya apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana-mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan,
270 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pemiutang, sistem kewangan atau orang awam secara amnya.
Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu.
Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 245.
Seksyen ini tidak terpakai bagi—
suatu tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 13(1)
melainkan jika tindakan yang dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan kepentingan orang yang disebut dalam subseksyen (1); dan
suatu pembatalan suatu lesen di bawah perenggan 18(1)(f),
atau (h).
Bahagian XVIII