Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau orang yang ditetapkan sebagai suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223
adalah suatu perbadanan yang semua atau mana-mana peruntukan
*Akta Syarikat 1965 terpakai, peruntukan itu hendaklah sebagai tambahan kepada peruntukan Akta ini dan bukannya sebagai mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan *Akta Syarikat 1965 dan Akta ini dalam pemakaiannya masing-masing bagi orang atau pengendali itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.
Jika apa-apa kesulitan atau keraguan berbangkit dalam pemakaian subseksyen (1) berhubungan dengan mana-mana orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang tertentu, atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau pada amnya, Menteri boleh apabila kesulitan atau keraguan itu dirujukkan kepadanya oleh Bank, menyelesaikannya melalui suatu arahan secara bertulis.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 273
Bahagian XVIII