Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Peruntukan Am
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain pun boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
Menteri;
Bank;
Gabenor;
272 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Timbalan Gabenor; atau
mana-mana pengarahnya, pegawainya atau pekerjanya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Bank, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau penyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa untuk dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan akan, Akta ini, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa-apa jua pun benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, sekiranya perbuatan itu atau penyataan itu telah dilakukan atau dibuat, atau telah ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Bahagian XVIII