Skip to content

Seksyen 71

Maksud penubuhan yang dibenarkan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 71 of 91
Seksyen 71
(1)

Sesuatu perkongsian terhad Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah tertakluk pada sekatan atau larangan yang sama seperti syarikat Labuan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990

melainkan jika dibenarkan secara nyata di bawah Akta ini atau jika sekatan atau larangan itu dibenarkan atau diketepikan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, kebenaran atau pengetepian yang sama hendaklah sama-sama terpakai bagi perkongsian terhad

Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh melalui notis yang disiarkan dalam Warta, memerintahkan supaya sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan disekat atau dilarang daripada menjalankan apa-apa perniagaan yang dinyatakan di Labuan dan boleh, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, mengenakan syarat yang tertakluk padanya sesuatu perniagaan yang dinyatakan boleh dijalankan oleh perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan.

(3)

Mana-mana perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau tidak mematuhi perintah Menteri di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 71