Seksyen 86
Pemakaian undang-undang perkongsian
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
ActIn forceProvision 86 of 91
Seksyen 86
(1)
Rukun ekuiti dan common law yang terpakai bagi perkongsian—
(a)
hendaklah terus terpakai bagi sesuatu perkongsian terhad
Labuan, kecuali setakat yang tidak selaras dengan peruntukan nyata Akta ini; dan
(b)
tidak terpakai bagi sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan.
(2)
Peruntukan Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] tidak terpakai bagi sesuatu perkongsian terhad Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah Akta ini.