Seksyen 81
Kemasukan semula dalam daftar
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Jika nama sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan telah dipotong daripada daftar di bawah subseksyen 80(2), perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, atau pekongsi atau pelikuidasinya boleh, dalam masa tiga tahun sebaik selepas tarikh pemotongan itu, memohon kepada Lembaga supaya nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dimasukkan semula dalam daftar, dan apabila dibayar kepada
Lembaga fi kemasukan semula yang ditetapkan dan segala fi yang ditetapkan lain yang kena dibayar, Lembaga boleh memasukkan semula nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dalam daftar.
(2)
Apabila nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dimasukkan semula dalam daftar, nama perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah disifatkan tidak pernah dipotong daripada daftar.