Seksyen 72
Fi
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
ActIn forceProvision 72 of 91
Seksyen 72
(1)
Lembaga boleh mengenakan fi berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah membayar apa-apa fi tahunan yang ditetapkan, pada atau sebelum setiap ulang tahun tarikh pendaftarannya.
(3)
Apa-apa fi yang dipungut oleh atau dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah menjadi sebahagian daripada dan dikreditkan ke dalam kumpulan wangnya yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.