Skip to content

Seksyen 79

Pengkompaunan kesalahan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 79 of 91
Seksyen 79
(1)

Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu dengan membayar kepada Lembaga, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 75

(4)

Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.