Seksyen 89
Peraturan-peraturan
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan semua perkara dan benda yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Akta ini untuk ditetapkan atau diperuntukkan, atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan atau diperuntukkan, bagi menjalankan, atau melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti suatu denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.