Skip to content

Seksyen 73

Pemeriksaan dan pengemukaan dokumen yang disimpan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 73 of 91
Seksyen 73
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, seseorang boleh, jika diberi kuasa oleh perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan yang berkaitan—

(a)

memeriksa dokumen yang disampaikan kepada, didaftarkan oleh atau difailkan dengan Lembaga di bawah Akta ini dan yang disimpan oleh Lembaga atau, jika difikirkan sesuai oleh Lembaga, suatu salinan dokumen itu; dan

(b)

menghendaki supaya diberikan kepadanya suatu salinan perakuan pendaftaran sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan atau mana-mana dokumen lain atau sebahagian daripada mana-mana dokumen lain yang disebut dalam perenggan (a).

(2)

Suatu salinan perakuan yang diberikan di bawah perenggan (1)(b)

hendaklah diperakui oleh Lembaga dan dimeterai dengan meterai

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 707