Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal Rayuan

84. Kuasa Tribunal Rayuan

Feedback & support
(1)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;

(b)

untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau berikrar, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal

Rayuan;

Undang-Undang Malaysia 68

(c)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;

(d)

untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(e)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa belanja yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;

(f)

untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;

(g)

untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuk kuasa untuk menangguhkan bagi menimbangkan keputusannya; dan

(h)

secara amnya untuk mengarahkan dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.

(2)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa suatu mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau berikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan.

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan