Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
96. Keanggotaan Tribunal Rayuan
Feedback & support(1)
Tiap-tiap prosiding Tribunal Rayuan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga anggota atau apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar anggota Tribunal Rayuan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dalam mana-mana hal tertentu.
(2)
Dalam ketiadaan Pengerusi, anggota Tribunal Rayuan yang lebih kanan hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.