Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
87. Tempoh jawatan
Feedback & supportSeseorang anggota Tribunal Rayuan yang dilantik di bawah subseksyen 85(1) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu—
(a)
memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan
(b)
adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua tempoh berturut-turut.
Undang-Undang Malaysia 70