Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal Rayuan

94. Rekod keputusan Pesuruhjaya

Feedback & support
(1)

Orang yang terkilan yang disebut dalam subseksyen 93(1)

boleh, atas inisiatifnya sendiri, meminta secara bertulis daripada

Pesuruhjaya suatu pernyataan mengenai alasan bagi keputusan

Pesuruhjaya.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), Pesuruhjaya hendaklah, apabila diterimanya permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), memberi orang yang terkilan itu, apabila dibayar fi yang ditetapkan, suatu salinan pernyataan mengenai alasan bagi keputusannya.

Undang-Undang Malaysia 74

(3)

Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan Tribunal

Rayuan di bawah subseksyen 93(1), Pesuruhjaya hendaklah, jika dia belum lagi menulis alasan bagi keputusannya berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen 93(1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusannya, dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan Tribunal Rayuan.

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan