Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal Rayuan

92. Penzahiran kepentingan

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada Pengerusi apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipan anggota itu sebagai seorang anggota

Tribunal Rayuan dalam sesuatu perkara tertentu.

(2)

Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipannya sebagai seorang anggota

Tribunal Rayuan, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.

(3)

Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.

(4)

Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan kewajipannya sebagai seorang anggota

Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.

(5)

Kegagalan oleh anggota itu untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan

(b)

menjadikan anggota itu tertakluk pada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 88.

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan