Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
86. Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain, dsb
Feedback & supportMenteri hendaklah melantik seorang Setiausaha Tribunal
Rayuan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.
Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi Tribunal Rayuan.
Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha Tribunal Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (2).
Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kawalan am terhadap pegawai dan pekhidmat Tribunal Rayuan.
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.