Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
95. Penggantungan keputusan sementara menunggu rayuan
Feedback & support(1)
Sesuatu keputusan Pesuruhjaya adalah sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan sementara menunggu keputusan rayuan oleh
Tribunal Rayuan, kecuali jika suatu rayuan terhadap suatu notis penguatkuasaan telah dibuat kepada Tribunal Rayuan mengikut subseksyen 93(2), atau penggantungan keputusan Pesuruhjaya telah dimohon di bawah subseksyen (2) dan dibenarkan oleh Tribunal
Rayuan.
(2)
Seseorang yang terkilan boleh memohon secara bertulis kepada Tribunal Rayuan bagi suatu penggantungan keputusan
Pesuruhjaya pada atau selepas notis rayuan difailkan dengan
Tribunal Rayuan.