Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
89. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & support(1)
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Tribunal Rayuan untuk bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila—
(a)
Pengerusi atas sebab sakit, tidak hadir dengan kebenaran atau apa-apa sebab lain tidak boleh melaksanakan fungsinya bagi apa-apa tempoh yang lama; atau
(b)
jawatan Pengerusi kosong.
(2)
Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.